Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Persiapan Cheng Hoe Menghadapi UEA THAILAND & VIETNAM Di Dubai

                  Tan Cheng Hoe

Infobola.my.id -Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023, Tan Cheng Hoe menyenaraikan 25 orang
pemain sebagai persiapan bagi
menghadapi 3 perlawanan di Dubai bertemu UAE, Thailand dan Vietnam.

Banyak reaksi dari peminat tentang pemain yang dipilih TCH antaranya tiada kelibat pemain yang menyerlah di Liga M musim ini seperti Hakimi Abdullah dan Amri yahyah serta pemilihan pemain
seperti Akhyar dan Matyo yang masih diberi kepercayaan.

Bagi aku, pemain yang dipilih oleh TCH bukanlah pemain yang baik dari segi prestasi di Liga M tetapi pemain yang tepat untuk dibawa ke Dubai. Tidak adil
jika kita kata TCH tidak mengambil kira prestasi pemain di Liga M kerana jika tidak, sudah pasti Ariff Aiman & Sam Sommerville tidak akan dipilih.

Agak bahaya jika TCH memilih ramai pemain baru kerana perlawanan yang bakal dihadapi adalah penting jadi core players patut dikekalkan. Bukan
ingin merendahkan Liga M kita tapi realitinya tahap liga kita jauh berbeza dari perlawanan antarabangsa. Kita perlu sedar pemain yang menyerlah di Liga M tidak semestinya meyerlah terus di peringkat
antarabangsa. Bandingkan Hadin Azman dengan Syafiq Ahmad dalam perlawanan sebelum ini. Jadi, memilih ramai pemain yang membarisi skuad dalam perlawanan kelayakan lepas adalah keputusan yang
realistik tatkala TCH tidak punyai masa untuk menguji pemain baru.

Namun ada satu pemilihan yang aku kurang setuju dengan TCH. Bukan untluk merendahkan keyakinan pemain atau membantah keputusan TCH tetapi
secara peribadi, aku rasakan ada lagi pemain yang lebih sesuai untuk di ketengahkan daripada Akhyar.Melihat kepada prestasi semasa, Akhyar kurang minit malah dalam perlawanan kelayakan yang lepas, Akhyar tidak menunjukkan prestasi yang baik. Slot Akhyar mungkin boleh digantikan dengan pemain yang on form seperti Hakimi atau mungkin Amri
Yahyah yang cukup berpengalaman dalam Arena Antarabangsa. Mungkin mereka boleh memberi sesuatu sebagai pemain
gantian.

Apa pun aku tetap menghormati keputusan TCH kerana dia kenal pemain yang dipilih dan buat Akhyar inilah peluang untuk menyinar. Kami penyokong pun
tahu kebolehan sebenar anda. In Cheng Hoe We TRUST .!